31 December 2011

End Year Mega Giveaway =)


assalamulaikum.anneyong.hari ni aku nak mencuba nasib.haha.
peh,ni first time masuk giveaway.harap-harap dapat la kan=).
*heh.tiba-tiba tangan ni menggatal nak masuk GA.
okayy.giveaway ni dibuat oleh cik zatyy dan dipopularkan oleh cik anys yang comell.
heheh,nama cik zatyy tu dah elok-elok sama dengan nama aku.harap-harap dapat la.haha
hoho.kalau dapat thanks to allah.kalau tak dapat pun still thanks to allah jugak.redha dengan segala ketentuanNYA.=)

30 December 2011

online malam-malam.

hai2.rasa bosan sangat-sangat online malam-malam buta macam ni.eh,malam?silap,pagi-pagi buta la.
ish.semua kawan-kawan kat facebook sibuk duk layan main game.aku ni dah lah tak minat layan-layan game ni.takut nanti addicted pulak.lepas tu tak boleh stop main nanti..haha
example:yang girl busy dengan sims social and baking life lah,itu lah.and yang boy pulak busy dengan uberstrike diorang tu.*itu apa yang kawan-kawan aku famous main sekarang.tapi tak tahu lah kalau-kalau diorang ada layan game lain kan.hehe*
so,untuk mengelakkan aku sibuk duk layan game macam kawan-kawan aku tu.aku pun apa lagi,edit-edit la blog ni bagi lawa sikit.hhaha.

okay,sekarang nak cerita pasal drama tentang dhia yang tadi baru habis tayang kat tv3.huhu,sedih lah episode last nya.
kesian dekat dhia sebab menghidap kanser pangkal rahim.hem,tapi takpe sebab akhirnya zikir tu sedar yang mommy dia tu yang salah dan dhia tu benar.haha.tapi penghujung ceritanya agak romantik,sebab zikir meninggal sama-sama dengan dhia.disebabkan zikir tu tiba-tiba je diserang angin ahmar.=)
okay.masa tengah layan tentang dhia ni,tiba-tiba ayah aku cakap psal penyakit angin ahmar atau lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai stroke.ayah aku cakap orang yang menghidap penyakit angin ahmar ni sebenarnya terkena angin jin.huh,lebih kurang macam tu lah apa yang ayah aku explain.
actually,aku baru tahu pasal penyakit ni.okay=).hari ni dapat belajar benda baru.syokk.thanks daddy.

okay.lepas tu,malam tadi aku sambung tengok cerita 3 idiots.
trimas la dekat inda dan jugak mamat sorang ni faris.tak sia-sia aku layan korang hari tu tanya-tanya aku pasal tarikh cerita tu.kalau tak mesti aku dah terlepas tengok.dah la ada amirr khan.hhaha=)
yeah.cerita ni seronok sebab cerita ni mengisahkan pasal tiga orang kawan baik yang amat mementingkan persahabatan.dan aku paling-paling tak boleh tahan gelaklah masa anak kakak pia tu tendang muka ranchord sebab dia sebut all is well.
okay.tengok cerita ni dapat banyak pengajaran.contoh macam kita tak boleh berlumba-lumba dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan kejayaan.sebaliknya kita perlu relaks dan belajar dengan cara kita sendiri.lepas tu,kita kena yakin dengan diri sendiri.macam dalam cerita ni,diorang sebut all is well sebab nak dapatkan keyakinan.=)
*peh.panjangnya aku membebel hari ni.okayyl,stop sampai sini je la.kang korang penat and fedup pulak nak baca post ni panjang-panjang.haha.k,wassalam.see you soon.=)
ALL IS WELL.=D

24 December 2011

explore day


asssalamualaikum.anneyong hasaeyo.
lalala.hari ni hari aku meng-explore lagu2 korea.then,sekarang baru aku kenal group2 korea yang dulu aku tak kenal.haha
by the way,aku tiba-tiba terminat pulak kat group ZE:A.lagu diorang best-best la pulak.comel sangat-sangat.
ZE:A - WATCH OUT


ZE:A - HERE I AM

lagi?lagi?aku minat jugak lagu B1A4.boleh tahan lah jugak.
by the way,kamsahamnida kepada my very2 good friend humairah husna.yela,hari tu dia yang suruh aku dengar lagu-lagu tu.tapi aku tak nak sebab tengok group nye macam tak famous je.tapi rupa-rupanya best.comel lagi tu.wahaha.thanks eh awak=).
awak.nanti datang rumah kita lagi eh.miss you so much.=D

23 December 2011

result pmr.arab b?



alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
yeah!hari ni result dah pun keluar.rasa ringan sikit kepala aku ni.haha=)
tahniahla kepada sekolah tercintaku.21 orang 9A.hebatkan?ni belum campur lagi dengan candidates yang dapat 8A,lagi belambak.haha
tapi kan,aku tak dapat straight A la.ada B satu,arab.sedihh=(.


okay,takpe.mungkin kali ni bukan rezeki aku kan.so,aku tak boleh putus asa sebab semua yang berlaku ada hikmahnya kan=).hehe.spm menantimu lah.
mungkin nanti spm aku dapat straight A ke,siap yang plus punye.haha.siapa tahu kan.hanya ALLAH saja yang tahu.
by the way,walaupun dapat lapan je.tapi my mom janji nak beli jugak lappy.wah2,gembiranya.haha.rezeki jangan ditolak,alhamdulillah.
heh.congratulation la kepada semua candidates pmr yang dapat straight A.yang tak dapat straight macam aku ni,USAHA LAGI!!kali ni gagal,tak semestinya esok kita gagal.kadang2 kita boleh jadi lagi HEBAT dari mereka yang lulus tu.=)
okay.batch96 memang terbaikk.paling cemerlang daripada empat tahun yang lepas.so,kita mesti kena kekalkan kecemerlangan kita ni sepanjang zaman.wahaha.
k,tata.anneyong.wassalam~

malam yg seram


assalamualaikum.anneyong.
ahh.aku takutt.sebab esok pagi result keluar.
hem,agak2 korang aku dapat bape A eh.straight A ke tak?ntah la.aku sendiri pun tak yakin.bla.bla.bla.=(
hari ni semua budak yang amik result pmr semuanye nak gelabah2.yela,kat fb pun macam2 status pasal result pmr semua ada.sampai member aku cakap naik jemu baca status semua tu.
example macam=wey,esok pakai baju sekolah ke?,esok nak kene datang pukul berapa eh?,esok.esok.esok...bla.bla.bla..
by the way,hem aku tak tahu nak cakap apa,tapi yang pasti aku takut,seram semua ada.rasa macam tak nak tidur je.
hah.dah tak boleh tidur ni apa lagi,main game la.layan korea la.mesej member benda merepek2 la.itu la ini la.haha
aku rasa jantung aku ni macam dah nak tercabut dah.berdegup kencang sangat.peh,aku rasa kalau time ni aku pergi main kat tempat cek jantung kat petrosains tu mesti degup jantung aku paling LAJUU..siap masuk malaysian book of record nanti.haha
tak pun aku pergi klinik sekarang.mesti doktor2 pengsan dengar degup jantung aku ni.betul tak syahinda??haha
*dahdah,merepek je aku ni.tahu la tengah TAKUTT.rilek.rilek.
ouh.esok sekolah aku amik slip result pmr lambat.katanya pukul 2.00ptg sampai pukul 4.30ptg sebab cikgu2 semua ada mesyuarat kat sekolah kampung  jawa.
hoho.so kitorang kalau nak tahu result awal kena lah berkorban sedikit topup untuk sms ke 15888 bagi mendapatkan result kami.tak pun masuk je laman web saps,kat situ pun ada result pmr jugak.
wahaha.harap-harap kami warga samshsb dapat keputusan yang cemerlang la kan.yeah!BATCH 96 TERBAIKK..=)
okay.tu je nak post hari ni.haha.sorry lah ye.banyak sangat post pasal pmr.
*huhu.biarlah.blog aku kan.bukan korang punya blog pun.wekk=P

13 December 2011

next week...


kementerian pelajaran malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh pengeluaran keputusan peperiksaan PMR jatuh pada 22/12/2011 . Sila sebarkan mesej ni kepada calon PMR . #10days from now :') Wish me luck yeahh :*



wow.tekejut beruk aku baca mesej ni (yang kat ats tu)..ah.22/12/2011 pulak.seram wey.
haha.sori lah.minggu ni asik buat entry pasal result pmr je,mesti bosan kan??
lantak lah.yang penting aku sekarang tengah cuak ni =(.
macam2 kemungkinan yang akan berlaku sedang aku pikirkan.
maklumlah,kita kena sediakan payung sebelum hujan kan.haha.pelik la aku ni.awkward.
arghhh.sepatutnya sekarang aku perlu tenang and bertawakal.serahkan semuanya pada takdir.betul tak?
yes that's right!!
okey.kalau macam tu,aku nak buat azam baru.huh.buat solat hajat tiap2 hari,mudah-mudahan aku mendapat ketenangan hati dan jiwa serta mendapat keputusan yang baik dalam pmr.amiinnn..

*sepatutnya muka aku mesti happy sebab result dah nak keluar.ni tak masam mencuka-cuka.yeah,smile!!doakan aku dapat keputusan yang cemerlang.

09 December 2011

seram sejuk menantimu!


arghh.hari-hari dalam keadaan resah gelisah.kenapa2?sebab tunggu keputusan pmr keluar la.


ah.kau membebankan kepala otakku la.takut,cuak,seram semua ada.sampai terbawa-bawa ke mimpi.
haha.ada ke hari tu aku boleh pulak mimpi aku and dua orang kawan aku tak dapat straight A.
peh.cuak kot.kalau aku yang tak dapat tak ape,sebab aku memang tak target straight pun,sebab2 aku tak pandai english.haha.aku malas nak target banyak2,takut tak tercapai la pulak.pastu nanti kecewa lama-lama.
okay2.abaikan..by the way,bila result nak keluar ni?ada orang2 cakap 21 haribulan ni.ada jugak yang cakap 27 haribulan ni.
ntah la.aku pun tak tahu bila.tapi yang pasti aku akan ambik jugak result tu.haha
tawakal jelah eh.tapi takut jugak.ish.ape aku ni.takut-takut pulak.bukan ape pun.result je kot.haha

*em.kalu boleh,aku nak dapat A+!!
haha.pmr mana ada A+ wey.angan-angan taik kambing je aku ni.study pun malas.ada harapan nak dapat A+...blah la wey.
doakan aku  berjaya dalam PMR nanti ya.amiiinn..
mana la tahu doa korang makbul,tiba-tiba aku dapat straight A ke.haha

02 December 2011

bosann!!


assalamualaikum.hai2.dah lama rasa nya tak berblogging.argh,ada kawalan ketat di rumah aku.haha.biarla...
peh.bosan gila kot duduk kat rumah.haha.dalam bosan2 tu dpt duit.haha.sebabnye aku ajar adik aku yang nak upsr tu.sangat2 berbaloi-baloi.=)

 *ha.ni duit yang aku dapat tiap minggu di atas jasa aku ajar adik.haha

dalam bosan2 ni.aku rasa takut,cuak semua ada,sebab terlalu pikirkan result pmr yg akan keluar tak lama lagi.bila?hem,aku tak tahu.tapi yang aku tahu bulan ni.haha.teruk gila.=p
btw,hari tu kan.aku amik exam untuk ukkm untuk masuk mrsm.adoi.agak susah jugak la exam nye.exam math dia,peh,belit2 macam ular wey.pening aku dibuatnye.haha.tapi aku rasa tergugat sebab budak sebelah aku buat exam tu cepat gila.ape lagi,aku pun tak nak mengalah la kan.dia buat laju,aku pun laju jugak la.haha
sekolah mrsm kuala kubu bharu yang aku pegi tu memang lawa.dekat dengan bukit.sejukk.
okeyla.tu je entri yang mewakili minggu ni.cehh.haha.k,anneyong guys!

*aku dengar cerita spm punya gred turun tahun ni.betul ke?wah2.untunglah.harap2 pmr pun turun jugak.amin,amin..

23 November 2011

fanatik??


arghh.arini komputer aku buat hal.semua data hilang.gambar2 schoolmate.lagu2 korea,movie semua tu hilang.aish,bengangnye.dah satu keje lagi aku kene cari semua tu balik. =(
*okeyh.kita abaikan ayat2 yang kat atas ni.luahan perasaan kebengangan aku ni.hakhak

-cn blue-

okeyh.hari ni aku berjaya jugak cari gif yg mcm kat atas tu.maklum lah orang tak celik it kan.=)
btw.aku minat sangat kat yong hwa n min hyuk cn blue.tu pasal sanggup cari benda2 macam ni.wahaha.



this gikwang b2st.

yeah.ni pulak lee gi kwang.minat dia and the b2st.wow.dia comel kan.haha.aku minat semua lagu b2st lagi2 beautifull.and kalau nak tahu,aku minat k-pop ni sejak kawan aku nyanyi lagu b2st la.haha
kim hyun jung


ahakz.sorry.hari ni aku merepek sikit.yelah,tengah bengang kan.wahaha.hyun jung ni bagi aku lelaki sejati.haha.lawak kan?aku kenal dia pun tak,tiba2 cakap camtu.em,what ever la.

okeyyh.sampai sini je.entry ni tak penting.sekadar untuk bersahaja aje.haha.k,tata.anneyong chingu. =)

22 November 2011

malaysia juara!!


wow.harimau baham garuda!!!
 yes2!!alhamdulillah.malaysia juara jugak akhirnya walaupun masa minit ke-5 tu indon dah buat 1 gol.hehe.terbaik lah gol asrarudin putra masa minit ke-38 kot.tanduk bawah tu.smart aje.hakhak.tapi aku tabik lah kat muslim,mahali dgn fazli.diorang banyak tolong fahmi keluarkan bola..pertahanan diorang memang mantap.!! 
 haha.rumah aku dah macam nak pecah je.bila sepak penalti yg terakhir dr badrol bakhtiar tu gol.semua orang jerit-jerit.termasuklah aku.hehe.but aku suka gila kat sepak penalti mahali jasuli.peh,muka dia selamba je sebab nak bagi penjaga gol indon tu keliru.smart!!
btw.semoga berjaya malaysia untuk perlawanan sukan olimpik esok lawan dengan syria.peh,tak sabar nak tengok.wahaha.minggu bola!!

21 November 2011

jamuan.piza bukit raja =)


anneyong.hai2.okeyy.alhamdulillah.akhirnya selamat jugak kitorang punya jamuan.hehe.walaupun dalam keadaan yang agak kelam-kelibut.peh.ramai gila datang awal pegi jusco.tapi semua mengada-ngada datang lambat masuk kedai pizza hut tu.
btw.diorang punya service memang okey.terbaik lah.kitorang dpt buat jamuan kelas secara privacy di tingkat atas pizza hut.

ni makanan kitorang.aku dapat makan dua set pizza sebab ada kawan aku tak datang.wahaha.rezeki..

aii.tengah2 makan.ada pulak orang menyibuk nak tangkap gambar.kacau betull.hakhak.btw kawan aku yg ber "spec merah" tu.ter over excited.

gelagat kitorang yang girl2 ni.*sory gambar kabur.hehe

ni keadaan waktu balik.so bersepah-sepah pizza hut tu.kitorang punya pasal lah kan..

and this are all my classmate berserta dengan guru kelas kitorang yg pakai tudung biru tu.puan selamah..

okeyyh.harap2 hubungan kitorang tetap kukuh kalau2 tahun depan ada yang pindah sekolah atau kelas.hope our friendship will never end..amin!!

19 November 2011

mat luthfi??


anneyong chingu.harini minat aku dah bertambah satu.ape dia?korang baca jelah entry ni,nanti mesti korang tahu.haha
ha.lawak gila buka video mat luthfi ni.macam orang gila aku jadinya.btw,dia pandai buat orang gelak.and aku rasa sume yg dia cuba sampaikan tu betul.walaupun dia ni dlm kategori orang2 yg pandai tp dia still pandai berhibur and aku rasa dia ni ada cara tersendiri.haha.muka dah la mcm korea.belajar dekat perht pulak tu.wah2.ahakz...
eh.korang try la bukak.best!em.mungkin aku ketinggalan.tapi takpe janji aku tahu sudah.haha

ni salah satu video dia yg buat aku gelak.:

*haha.lawak.dia ni boleh jd artis owh.k-malaysian pop..

sejak bila pulak aku minat matluthfi90 ni.haha.jawapannya : semalam.lepas aku bukak blog affam ..and adik aku sibuk suruh bukak.so aku pun tengoklah kan.btw.memang terbaik.

18 November 2011

bola.malaysia menang!



yes.ampang banjir.wek2..
ish.haha.malam tadi malaysia menang lawan ngn indonesia.1-0.haha.malaysia winner.indon...hahak
tapi malam tadi sedih wan zaharul tak main sampai habis disebabkan kecederaan.yelah,ada pemain indon pegi bentes dia..huhu.-,- sedih.btw,nasib baik dia digantikan dgn sharul azwari kot.and sharul tu jaringkan gol 1..tp dia kesian sebab dia byk kali menyerang and lagi sipi2 je nak gol,tp suma tak masuk.haha.btw,tahniah buat khairul fahmi che mat sebab dia dpt tangkap suma bola yg indon nak gol kan.*adik aku cakap fahmi guna gam macam spiderman.tu pasal hebat.haha.adik.adik.
tapikan.tapikan.cuak gila lah time badrol bakhtiar tercedera tu.yelah,nanti lau dia keluar sape nak jadi kapten kan.nasib baik dia tak teruk sangat so tak keluar lah.haha.tak sabar nak tengok malaysia lawan myanmar esok.peh,awal gila kan.baru main.main lagi.tp myanmar la best.sebab dapat rehat lama.ngee~

*aku dah terpengaruh dengan adik aku.danial and huzaifah.tu pasal nama2 pemain bola pun kadang2 aku terhafal.haha.kuat betul pengaruh diorang...
semoga malaysia winner lg and wan zaharul dpt main utk game esok.hehe.

cinta???



"jika seseorang itu mencintai seseorang dan kemudian dia merahsiakan cintanya dari orang yang dia cinta itu sehingga kematian menjemputnya.maka dia adalah seorang yg jihad" 
 em.assalamualaikum kawan2 sekalian.ha.harini aku nak cerita pasal cinta.first sekali aku nak minta maaf kalau post ni ada yg menyakitkan hati sesiapa.tapi kita sebagai seorang insan atau islam kene saling mengingati antara satu sama lain kan?okeyh.post ni pun aku tujukan kat diri aku jugak.yelah.manusia kan mudah lupa.haha.
haritu,ada sorang lelaki F cakap kat kawan aku tentang darjat seorang perempuan.serius bila aku bace mesej tu aku malu.tapi aku tak salahkan F tu,sebab ape yang dia cakap tu memang betul and niat dia baik nak nasihatkan kita.ayat dia lebih kurang camni lah "perempuan ni darjatnye tinggi.dulu memang lah darjat perempuan tu rendah masa zaman jahiliah.tp selepas kedatangan rasulullah, rasulullah telah mengangkat darjat perempuan tu menjadi tinggi."
so.kesimpulannya kita yg perempuan ni kena lah pertahankan darjat,martabat dan maruah diri kita.jangan hanya disebabkan cinta darjat kita semua tu hilang.hem,tu jelah aku nak cakap.lgpun aku ni tak pandai lah nak berkata-kata sangat.takut tersalah cakap kang berdosa kan.haha.okey.harap korang faham ape yg aku cuba sampaikan.wassalam~


17 November 2011

upsr??



haha.tajuk takde kene mengena dgn gambar.wohhoo.
jeles gila tengok budak2 darjah enam yg dpt 5A or straight A hari ni.tahniah la korang berjaya.
bila diorang dpt 5A tu.aku teringat plak result upsr aku dulu yg cuma dpt 4A1B.sedih.siap nangis kat dewan sekolah sebab takut mak aku marah.yelah,tak dpt 5A kan.tp alhamdulillah skolah agama mumtaz.dan disebabakan aku dpt 4A je.mak aku tak nak belikan aku handphone baru.so aku dpt handphone secondhand yg buruk + edisi lame.haha.kesian betul aku.dan handphone tu pun aku guna sampai sekarang.and sekarang aku berazam nak dpt 9A pulak tuk dpt handphone baru.wahaha.tp tu pun kalau dpt la.korang doa2kan la ye.hehe..
*btw.mak aku cakap kalau dpt 9A.aku hanya akn diberi ganjaran laptop/ipad n duit rm2000.duit tu masuk bank bukan aku yg simpan or pegang.hum.bersyukur jelah.mak aku ckp lg,,handphone tak payah sebab nnti aku masuk sekolah asrama bukan guna pun lgpun aku still sekolah.arghhh!!!aku nak handphone baru jugak...(memberontak)

16 November 2011

jamuan kelasku.

okeyyh..arini baru ada feel nak menulis entry ni.haha.sungguh pemalas benar aku ni..=)
wah.minggu ni aku sgt2 la buzy.*cover je.senanye tak pun.;p
em.buzy lah.sebabnye pasal jamuan kelas.pening aku nak pikir ow.nak pegi naik ape.tp nasib baik la ada sorang kwn aku tu yaya dia nak tompangkan.sungguh bersyukur.selesai masalah.btw,ni semua salah makcik pizza hut klang tu.byk songeh.tak bg kitorang booking tuk jamuan.alsan dia 'aircond rosak n kitorang ramai nnti tak selesa'.hem,apetah makcik tu.takpe2,nasib baik kitorang sabar je.*over.bkn aku yg pegi booking tp atul.=)
so,conclusionnye.kitorang pun terpaksa buat jamuan dkt pizza hut jusco bukit raja.jauh tu..fulamakk.haha.

*ha.ni jusco bukit raja yg jauh tu..kecik je tak besa mcm jusco bukit tinngi.haha

*okeyy.yang ni pulak restoran pizza nye.


11 November 2011

okeyh.layan k-drama jom.

hari ni aku tak datang skolah lg.ponteng lg.hahaha.dasar pemalas betul.senanye tak datang skolah ni nak mengelakkan kena denda dgn cikgu.yela,semalam aku lari ngn kwn2 dari nyanyi lagu arab dkt dewan makan.cikgu ckp sape yg tak join nanti kena wat report la,camtu.haha.tp lagu nye best gak.lawak pun ada.lagunya ikut rentak lagu pencinta wanita yg irwansyah nyanyi tu.hahak.okey,back to the topic.hari ni aku nak tengok drama korea yg aku tengok tergendala tu.nak abiskan kalau boleh lah.antra ceritanya adlh.jeng jeng jeng.

you are beautiful.

heartstrings.

winter sonata.(ulangan)

city hunter.

*okeyh tu aje.harap semua berjalan lancar.

09 November 2011

look alike..


okey2.aku ketinggalan.hem mlm td baru aku perasan muka diorang sama.haha.patutlah aku minat dua2.rupa2 nya diorang ni lebih kurang aje.yela,kim hyun jung and jung yong hwa ni dua2 pandai main gitar.leader group diorang sendiri iaitu ss501 and cnblue.paztu kalau berlakon mesti bawak watak yg cool.!.wah2.in fact,ni aje yg aku nak cerita.terlibih excited senanye.hahaha.k,bye2..

*cuba tengok.same kan same kan.huhu.batak.


copyright by izzatihadra. peace ^^